Pada 25 januari 2025, Villa Busainna menjadi saksi ikatan cinta di antara 2 mempelai indah iaitu Nabilah & Azriq. Pasangan ini memilih Premiera Hotel Kuala Lumpur yang gah untuk majlis pernikahan dan persandingan mereka.
Tepat jam 8.30 pagi, keluarga dari kedua pihak bakal pengantin ini telah mula memasuki dewan, boleh kelihatan sanak saudara menyibukkan diri masing – masing, ada yang menyusun doorgift di hadapan pintu gerbang, ada yang berseloroh, gelak tawa bersama, ada pula yang masih mencantikkan dulang hantaran. Kesemua ahli keluarga kelihatan sangat teruja dan gembira untuk menyambut hari kebesaran buat kedua keluarga ini. Pada jam 8.50pagi, ahli keluarga mula memenuhi di dalam dewan, mengambil tempat duduk untuk menyambut sesi pernikahan yang akan berlau tidak lama lagi. Tuan pengacara mula memberi kata – kata aluan untuk menyambut para tetamu yang hadir pada pagi ini. Sesi pernikahan yang hanya dihadiri oleh 100 orang ahli keluarga terdekat, membuatkan sesi pernikahan mereka ini lebih intim. Tepat jam 9 pagi, sesi pernikahan pun bermula, kemasukkan 5 dulang boys dan 7 dulang girls yang disusunkan mengikut turutan zigzag, mencantikkan lagi kemasukkan para pembawa dulang ini. Kemasukkan para dulang ini comel dan indah kerana para pembawa dulang pasangan ini terdiri daripada anak saudara pasangan ini. Setelah itu, pengacara majlis mengumumkan kemasukkan pengantin lelaki memasuki dewan bersama dengan ibunda tercintanya. Azriq berpakaian melayu serba putih dan dilengkapi dengan songkok hitam dan bersampin songket berwarna putih dengan kemasan berwarna emas. Pengantin baru ini kelihatan sangat segak dan teruja untuk pernikahannya. Selesai sahaja kemasukkan pengantin lelaki, pengacara majlis mengumumkan kemasukkan bakal pengantin Perempuan. Nabilah mengatur langkah memasuki dewan, berbusana serba putih, bertudung indah bak Mira Filzah dan bunga tangan segar iaitu jambangan bunga ros putih mencantikkan lagi rupa bakal pasangan hidup Azriq ini. Seterusnya, kemasukkan jurunikah yang bakal mengakad pasangan ni. Dengan sekali lafaz sahaja, Azriq sah menjadi suami kepada cinta hatinya, Nabilah. Selesai sahaja akad nikah, Azriq beransurkan keluar dewan untuk menunaikan solat sunat akad nikah. Majlis seterusnya meneruskan sesi penyerahan mahar dari pengantin lelaki kepada pengantin wanita dan sesi penukaran cincin perkahwinan di antara kedua mempelai ini. Sesi pernikahan ini diakhiri dengan sesi fotografi.
Pada jam 12 tengahari, tetamu untuk sesi resepsi mula menghadiri dewan perkahwinan Premiera Hotel Kuala Lumpur. Ahli keluarga sudah bersedia di hadapan pintu utama dewan untuk menyambut 600 orang tetamu yang bakal menghadiri perkahwinan Nabilah & Azriq. Pada jam 1 petang, pengacara majlis mengumumkan kemasukkan kedua pasangan mempelai ini. pasangan ini disambut dengan pertunjukkan Lightshow dari VillaBusainna dan pasangan ini memasuki dewan dengan Followspot yang menumpukan pandangan para tetamu kepada pasangan pengantin ini. Raja dan ratu sehari ini berpakaian songket berwarna gangsa dan dipadankan dengan warna dark emerald green mencantikkan lagi busana songket yang pasangan mempelai ini ragakan.
Busana yang dikemaskan dengan perhiasan berwarna emas, sesuai dengan gelaran raja dan ratu sehari. Pasangan ini berjalan menuju ke pelamin idaman mereka iaitu pelamin yang bertemakan white wedding. Dengan struktur arc dan susunan bunga berwarna putih dan cream menjadikan pelamin indah mereka ini kelihatan sangat menawan. Dihiasi pula dengan chandelier dan hiasan air pancur menaikkan lagi kecantikkan pelamin indah pasangan ini.

Manakala di Villabusainna Hall@Nadayu 63, VillaBusainna menyambut majlis perkahwinan di antara Israfil & Arissa. Perkahwinan indah mereka ini disambut dengan kehadiran tetamu seramai 700 orang. Pasangan mempelai ini mulai memasuki dewan pada jam 12.30 petang, dan dipimpin oleh seorang flower girl yang cilik dan comel. Derupan bunyi kompang menandakan pasangan ini sudah mulai mencorak langkah menuju ke pelamin. Sampai sahaja di pintu gerbang majlis, selawat Taslim pun mula berkumandang untuk memberkati majlis perkahwinan mereka ini. Boleh dilihat pasangan ini mengenakan busana traditional songket berwarna coklat dan busana mereka ini diserikan lagi dengan hiasan emas untuk melengkapkan rupa raja dan ratu sehari ini. Flower girl cilik yang memimpin perjalanan mereka pula mengenakan busana berwarna hijau, bertudung berwarna coklat dan mempunyai tiara kecil untuk menyerikan rupa comel adik ini. pengacara majlis pun menjemput kedua pasangan ini ke pelamin indah mereka dan pasangan ini mula mengorak langkah. Lambaian dan sorakan kegembiraan daripada tetamu yang hari menceriakan lagi majlis indah di antara pasangan ini. Jelas terpancar senyuman indah di wajah kedua pasangan mempelai ini, disambut begitu gembira oleh para tetamu yang hadir. Selesai sahaja kata – kata aluan dari pengacra majlis, majlis diteruskan dengan bacaan doa daripada wakil keluarga pengantin, bacaan doa ini dipohon untuk meminta Rahmah dari Ilahi memberkati majlis dan perkahwinan pasangan ini. Seterusnya, majlis diteruskan dengan sesi salam restu daripada kedua pihak ibu bapa dan majlis diteruskan dengan sesi santapan diraja.
Selesai sahaja sesi itu, pasangan ini meneruskan majlis dengan sesi potong kek.
