Villa Busainna telah bergabung dengan Premiera Hotel KL untuk menyediakan pakej kahwin hotel yang sangat berbaloi untuk bakal pengantin yang ingin berkahwin di dewan kahwin Kuala Lumpur. Premiera Hotel KL ini bertempat di kawasan yang sangat strategik kerana ia berada di Jalan TAR.Dewan kahwin ini sangat bersesuaian untuk bakal pengantin yang inginkan pakej perkahwinan yang murah di sekitar Kuala Lumpur.
Dengan kapasiti dewan yang mampu menampung seramai 350 orang dalam 1 masa. Premeira Hotel KL ini sangat sesuai buat bakal pengantin kerana ia menyediakan pelbagai jenis kemudahan buat bakal pengantin dan tetamunya. Kemudahan yang paling diinginkan adalah kawasan tempat letak kereta. Di premiera hotel kl ini, kami menyediakan sebanyak 4 tingkat tempat letak kereta bagi memudahkan tetamu untuk menghadiri hari majlis perkahwinan pelanggan Villa Busainna. Tempat letak kereta ini terletak di aras bawah bangunan premiera hotel KL, mempunyai 2 buah lift untuk laluan yang mudah ke dewan perkahwinan utama Premiera Hotel KL. Dari lift ini pula, Premiera Hotel KL telah menyediakan lift yang berasingan untuk tetamu yang menetap di hotel; menjadikan suasana perkahwinan disini lebih eksklusif dan intim. Kami juga meyediakan bilik solek & tatahias atau ‘holding room’ untuk bakal pengantin. Kemudahan ini sangat penting buat bakal pengantin dan keluarga kerana ia akan menjadi tempat untuk pengantin menunggu waktu kemasukkan atau boleh menjadi tempat untuk keluarga beristirehat sementara waktu. Disediakan sekali beberapa buah sofa yang selesa, memudahkan lagi waktu isti rehat bakal pengantin dan keluarga. Di bilik solek ini termasuk sekali tandas persendirian, satu kemudahan penting bagi memudahkan bakal pengantin dan keluarga tidak perlu ke tandas awam. Manakala bagi tetamu pula, tandas awam disediakan berdekatan dewan perkahwinan utama Premiera Hotel KL. Setiap tandas mempunyai sebanyak 5 tandas individu, memudahkan setiap tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan pelanggan Villa Busainna. Surau yang selesa dan luas juga disediakan disini. Kemudahan Surau ditempatkan di 1 aras atas dewan premiera hotel KL, supaya keselesaan tetamu terjaga. Dengan keluasan yang mampu menampung seramai 35 orang jemaah dalam satu masa itu sangat sesuai untuk para tetamu, disekalikan juga tempat mengambil wuduk yang selesa. Surau yang luas sebegini seperti keluasan surau didalam pusat beli belah di KL.
Di dalam dewan perkahwinan utama Premiera Hotel KL, kami juga menyediakan PA sistem yang bersesuaian dengan keluasan dewan kahwin ini. Tetamu boleh mendengar secara jelas semua pengumuman dari juruacara majlis dan lagu yang dimainkan sepanjang majlis. Villa Busainna juga menyediakan TV monitor di hadapan dewan perkahwinan utama Premiera Hotel KL, bakal pengantin boleh memilih untuk meletakkan video ‘pre-wedding’ atau meletakkan tanda nama bakal pengantin di TV tersebut. Dari pihak Premiera Hotel Kl dan Villa Busainna, kami sangat mementingkan keselamatan semua pihak, kami meletakkan CCTV di sekeliling kawasan kami untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak. Bukan sahaja itu, kami juga mempunyai pegawai keselamatan yang akan membantu menjaga keselamatan di Premiera Hotel KL ini.
Kami di Villa Busainna juga menyediakan pasukan koordinasi majlis yang berpengalaman untuk memastikan majlis perkahwinan pelanggan kami berjalan dengan lancar. Dengan adanya pasukan koordinasi majlis ini, kami mampu menjaga beberapa perkara seperti makanan untuk tetamu, memastikan acara majlis mengikut jadual yang ditetapkan dengan tepat dan tertib. Pasukan ini memainkan peranan yang penting untuk sesebuah majlis berjalan dengan baik, tanpa gangguan yang tidak diingini.
Selain daripada pasukan koordinasi kami, kami juga mempunyai pasukan dekorasi yang terkenal dengan seni – seni yang telah mereka jayakan. Dengan pengalaman mengubah dan mendekorasi pelamin Impian buat para pengantin di Villa Busainna selama 11 tahun, mereka mampu merealisasikan imaginasi setiap pengantin tanpa sebarang masalah. Kemahiran pasukan dekorasi kami dalam mengolah warna untuk menyesuaikan idea pengantin, membina struktur pelamin dan mendirikan pelamin dalam tempoh yang singkat dan cepat membolehkan kami untuk mengikut kehendak pengantin yang melanggan pakej perkahwinan kami di Kuala Lumpur.
Di Villa Busainna, kami menyediakan pakej perkahwinan yang berpatutan dan berkualiti di Kuala Lumpur. Pakej perkahwinan KL yang merangkumi dekorasi pelamin yang mengikut imaginasi pengantin, makanan majlis yang sedap dan dewan perkahwinan yang luas dan selesa. Bukan itu sahaja, pakej ini termasuk sekali pasukan koordinasi yang akan membantu melancarkan majlis perkahwinan pelanggan kami dan juruaudio yang bertanggungjawab untuk menjaga semua lagu di majlis pelanggan kami.
Villa Busainna juga memberi beberapa promosi yang bermacam jenis seperti rebat sebanyak RM3,000, percuma sesi nikah, percuma pertunjukkan lampu dan lampu sorot dan bermacam – macam lagi. Promosi ini Villa Busainna sediakan dari semasa ke semasa, pelanggan kami boleh mengikut perkembangan Villa Busainna di media social kami.
Pelanggan yang berminat untuk mendapatkan pakej perkahwinan yang murah di Kl atau mempunyai soalan lebih lanjut tentang kami, boleh follow kami di media social iaitu @villabusainna di Instagram atau @villa.busainna di Tiktok.
